We must be in politics for the right reason

I wish to reiterate that we have chosen to be in politics to play our part in building up this nation, to ensure that our country Malaysia will remain true to the principles upon which it was founded and which are enshrined in the 1963 Federal and State Constitution.

Monday, October 12, 2009

Konvensyen Upko Peringkat Bahagian

Tabi pisompuruan kumaa toinsanan.

Upko, parti kita yang tercinta ini kini menjangkau usia penubuhan 15 tahun. Sepanjang tempoh ini, kita menjulang obor perjuangan rakyat ke tahap tertinggi. Usaha kita ini termasuklah menyuarakan isu-isu yang menjadi keprihatinan utama rakyat seperti peluang ekonomi, penyertaan dalam perkhidmatan awam, pendidikan, biasiswa, pembangunan tanah, kebebasan beragama, kemajuan pekebun kecil dan janaan pembangunan daripada sumber minyak negara.

Tahun ini juga menyaksikan perlantikan YAB Dato’ Seri Mohd. Najib bin Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia yang ke-enam. Beliau telah memperkenalkan falsafah kepimpinan, iaitu “Satu Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan” yang berasaskan kepada prinsip saling menghormati dan mempercayai sesama kaum. Falsafah ini juga mengiktiraf dan menghargai sumbangan setiap kaum di dalam proses pembangunan negara Bangsa Malaysia.

Sesungguhnya, perjuangan kita selama ini amat bertepatan dengan halatuju falsafah ini. Kita akan terus menjadi wadah perjuangan isu-isu rakyat, lebih-lebih kini kita mempunyai Bahagian di Perak, Selangor dan Johor serta menarik sokongan keahlian daripada pelbagai kaum di negara ini.

Kita komited kepada Barisan Nasional, naluri kita sangat jelas. Kita berkerja untuk Barisan Nasional walau dalam keadaan sukar sekalipun. Kita sanggup kalah dalam pilihanraya kerana mempertahankan sesuatu yang betul, tapi kita tidak akan menjadi boneka orang lain.

Justeru, saya menyeru kepada ahli-ahli parti untuk terus berjuang berasaskan kepada integriti dan niat yang betul. Saya percaya, kepimpinan berorientasikan prinsip ini akan terus menjana sokongan rakyat kepada Upko. Mari kita terus berjuang!

Selamat bersidang, kounsikou.

20 comments:

  1. Congrats sir, that you are now blogging. We hope to share more of your thoughts and opinions especially on criticial issues such as freedom of religion. We salute you for your strong principle in upholding the right of every citizen to have a religion of their choice. God bless us all, sir...

    ReplyDelete
  2. Tahniah, Tan Sri Presiden.

    Hidup Upko!

    ReplyDelete
  3. Dear Tan Sri Bernard,

    First of all, I would like to congratulate u for having this blog in which i believe many concern citizens will share ur thoughts.

    Now... may i know ur stand on the selection of Tan Sri Isa Samad as the BN candidate which won the Bagan Pinang by election last sunday? He has a tainted track record, yet Umno picked him. I'm wondering if BN especially the corrupted Umno is really serious in transforming their party. Prime Minister said he wanted to get rid of the political corruption in Umno, buy why picking a corrupt leader to be the candidate?

    ReplyDelete
  4. Kepada Tan Sri Benard,

    Terlebih dahulu saya mengucapkan tahniah kepada Tan Sri kerana telah melangkah setapak lagi dengan memasuki dunia blogging dan twitter. Semoga kelahiran blog ini dapat memberikan aspirasi yang bermakna kepada semua warga UPKO khasnya dan dan warga KDM/Bumiputera Sabah dan Sarawak/Orang Asli amnya.

    Salam perjuangan.

    ReplyDelete
  5. Terlebih dahulu, tahniah kepada Tan Sri di atas pembikinan blog ni. Semoga ini menjadi wadah perkongsian pendapat Tan Sri dengan rakyat.

    Sebagai ahli Upko, saya ingin tanya pendapat Tan Sri mengenai cadangan Upko Bahagian Putatan untuk mengubah nama United Pasokmomogun Kadazandusun Murut Organisation kepada United Pasokmomogun Kebangsaan Organisation bagi menarik lebih ramai ahli daripada kaum-kaum lain.

    Cadangan ini dilaporkan dalam surat khabar kemarin.

    Apa komen Tan Sri? Setuju?

    ReplyDelete
  6. Happy blogging, Tan Sri. Salam Upko!

    ReplyDelete
  7. Tan Sri,well done and you are my hero from Sabah even those days in 1984 till 1987 when i worked in KK,ALWAYS ADMIRED YOUR STYLE,CALM COOL AND COLLECTED,LOOKING FORWARD TO READING YOUR BLOG AND WELCOME AND TERUSKAN PERJUANGAN UNTUK NEGARA KITA TERCINTA MALAYSIA. DARIPADA ALEN M.N.

    ReplyDelete
  8. kounsikaan doid diau. Trskan prjuangan. Hidup UPKO.

    ReplyDelete
  9. Tahniah Tan Sri, Presiden UPKO yang kita sayang di atas pelancaran blog ini.

    Kapal yang besar sekalipun tidak akan sampai ke destinasi yang ingin dituju jika tidak mempunyai seorang nahkoda yang cekap dan berani untuk meredah lautan luas. Mungkin kita tidak mempunyai kapal yang besar. Apa yang kita miliki hanyalah sebuah kapal biasa yang dikemudi oleh seorang nahkoda kapal yang cekap, berani dan teguh sepanjang masa dalam mengharungi gelora dan lautan luas yang sukar dijangka. Tahniah Tan Sri kerana sentiasa berdiri teguh dengan prinsip perjuangan UPKO walaupun sentiasa berdepan dengan cabaran yang sukar diduga.

    Terima kasih.

    McManus Sing

    ReplyDelete
  10. Tahniah.
    Saya setuju Tan Sri ada blog sendiri. Inilah cara TS berkomunikasi dengan rakyat Sabah dimana jua mereka berada. Pada masa yang sama TS dapat respon dari rakyat Sabah secara online. Cuma cadangan saya, kita jangan terus dibuai oleh cara org KL khususnya UMNO. Ada masa TS harus lawan karenah mereka. Kita org Sabah, jgnlah ditindas. Sdh 46 tahun kita ditindas, sdh masanya kita bangun sendiri!!!

    ReplyDelete
  11. ...gearing up towards the process of realising "sebuah negara Bangsa Malaysia" then it should be the United People of Kinabalu Organisation.

    An UPKO based on all the races..."so as to ensure that our country Malaysia will remain true to the principles upon which it was founded and which are enshrined in the 1963 Federal and State constitution."

    And happy blogging Tan Sri (...am loving that ever-cute smile of yours!)...keep smiling for the mythical Fountain of Youth becomes real everytime we smile!

    This Majesty,
    King Cup s/o Nche Matahari,
    Sabah Peoples' All-Races Revolutionary Association,
    Kingdom of Buhavan.

    ReplyDelete
  12. Upko dan semua parti komponen BN di Malaysia perlu kekal menjadi wadah perjuangan seluruh bangsa Malaysia melalui 1 Malaysia.... agar tidak ditenggelami oleh arus cabaran politik domestik dan antarabangsa yang semakin mencabar... rakyat semakin bijak... tidak lagi mengundi secara melulu seperti pada zaman 1960-an dan 70-an..

    Congrats and well done for creating this blog Tan Sri...

    p/s Tan Sri Kurup dan Huguan Siou bila lagi nak buat blog??

    ReplyDelete
  13. Syabas dan Tahniah Tan Sri,

    Selamat datang ke dunia blog...

    Melalui blog, kami boleh mendekati Tan Sri dengan lebih dekat lagi terutama melalui pembacaan pandangan dan penulisan Tan Sri.

    Hidup UPKO!
    Hidup UPKO!
    Hidup UPKO!

    ReplyDelete
  14. kounsikaan doid diau. Trskan prjuangan. Hidup UPKO! Daripada Michael F. Bejuet.

    ReplyDelete
  15. Syabas dan Tahniah saya ucapkan kepada Tan Sri kerana EGM UPKO baru sahaja selesai diadakan,Saya dan Rakyat d Negara Malaysia ini berharap juga kepada UPKO sekalipun kebelakangan ini UPKO kurang terdangar suaranya untuk mewakili semua kaum yg ada d Negara ini.Apa yg menjdai KEMUSKILAN saya ialah pemberian Mykad malaysia kepada PTI2 dari Philippine,Indonesia,India dan Pakistan ini semakin hari semakin berlaluasa....
    Bagaimana kita hendak MEMBERHENTIKAN Penghianatan ini terus dan terus berlaku?.....

    ReplyDelete
  16. Tahniah....Kepada Tan Sri....Hidup..UPKO....

    ReplyDelete
  17. Tahniah dan Syabas kepada Tan Sri Bernard kerana dapat mewujudkan blog ini untuk memberi perkongsian..

    ReplyDelete
  18. Kotohuand Kuaa Tan Sri.

    Osonong ginavo ku doh nakabasa do Blog Tan Sri, Avasi do oihaan songovian Malaysia dii katapatan.

    Kotohuadan kumaa Tan Sri

    ReplyDelete
  19. hi tan sri,

    i've tried to use your statement by quoting your blog but the paper i'm working in didnt even publish it just bcoz i quote your blog

    personally, what you are saying refers to what most sabahans are thinking

    bravo, keep up the good work

    ReplyDelete